Friday, October 9, 2009

BAB IDGHAM KABIR

BAB IDGHAM KABIR

1. Idgham pada bahasa adalah memasukkan.

2. Dari segi istilah disebut dengan 2 huruf, huruf yang pertama bertasydid.

- Maksud sebut dengan 2 huruf adalah dieja pada asal kalimah misal : ( ان ) dieja asalnya ( ان ن ).
- Maksud huruf yang pertama bertasydid adalah ejaan yang ditulis dalam rasm usmani misal : ( ان ).

3. Idgham terbahagi kepada 2 iaitu :

- Idgham Kabir
- Idgham saghir

4. Idgham kabir adalah 2 huruf yang berbaris.
5. Idgham Saghir adalah huruf pertama sukun, huruf kedua berbaris.

6. Sebab-sebab Idgham ada 3 ;
- Idgham Mutamasilain : Sama dari segi sifat dan makhraj.
- Idgham Mutajanisain : Bersamaan makhraj dan berlainan sifat.
- Idgham Mutaqaribain : Hampir sama dari segi makhraj dan sifat.

7. Abu Amru sangat mengambil berat dalam bab Idgham kabir, susunan yang jelas merujuk kepada Abu Amru yang membaca bab Idgham Kabir dengan 2 riwayat :
- Abu Amru dan Susi khusus baca dengan idgham dalam bab Idgham Kabir.
- Ad-Duri baca dengan izhar sama seperti imam-imam qura yang lain.

8. Susi tidak baca dengan idgham pada 1 kalimah kecuali pada kalimah yang mengandungi 2 kaf ( الكاف ) misal :
- ( فاذا قضيتم منسككم ) Susi baca dengan idgham dalam surah Al-Baqarah.
- ( سلككم في سقرما ) Susi baca dengan idgham pada surah Al-Mudatsir.

9. Susi tidak baca dengan idgham pada Mutamasilain Kabir pada 1 kalimah misal :
- بأعيننا, في وجو ههم, بشر ككم.
- Semua qura pada kalimah diatas termasuk Susi baca dengan izhar.

10. Dalam bab 2 huruf yang sama dalam 2 kalimah, Susi idgham pada huruf yang awal misal :
- وطبع على قلوبهم, فيه هدى, يعلم ما بين أيديهم

11. Apabila mendahului huruf awal pada Idgham Mutamasilain adalah huruf mad atau huruf mad lin misal :

- ويقوم من, فيه هدى
- Susi baca dengan 3 wajah :
1. Baca dengan qasr ( القصر ) 2 harkat.
2. Baca dengan tawasud ( التواسط ) 4 harakat.
3. Baca dengan mad ( المد ) 6 harakat.




12. Contoh-contoh tempat yang ditegah baca dengan Idgham Kabir ada 4 iaitu :
• Pada awal kedua-dua sama iaitu kedua-duanya huruf ta’ mutakallim misal : ترابا كنت
• Pada awal kedua-dua sama iaitu ta’ mukhattab misal : أفأنت تكره الناس
• Pada huruf awal bertanwin misal :
واسع عليم
Pada huruf pertama bertasydid misal :
ميقت ربهفتم

13. Pada 4 misal diatas semua qura’ baca dengan izhar termasuk Abu Amru, Ad-Duri dan As-susi.










14. Riwayat Susi baca dengan izhar pada kaf ( الكاف ( bertemu dengan kaf ( الكاف ) seperti :
• فا ذا قضيتم منسككم pada surah Luqman, nun sakinah itu disembunyikan sebelum kaf ( الكاف ) yang pertama kemudian berpindah makhraj nun itu ke rongga khaisyum ( الخيشوم ( ataupun lebih hampir pada makhraj kaf ( الكاف ), ikhfa’ disitu hampir kepada idgham tetapi kaf ( الكاف ) kedua-duanya itu wajib dibaca dengan izhar.

15. Riwayat susi boleh baca dengan izhar dan idgham pada 3 tempat disebabkan hazaf ( حذف ) berada pada kalimah yang pertama disebabkan Mutamasilain, Susi baca dengan 2 wajah pada 3 kalimah ini iaitu :
• ومن يبتغ غير : Boleh idgham dan izhar pada huruf ( غ ) yang pertama. Surah Ali-I’mran.
• يخل لكم : Boleh idgham dan izhar pada huruf lam ( ل ) yang pertama. Surah yusuf.
• يك كذباوان : Boleh idgham dan izhar pada huruf kaf ( الكاف ) yang pertama. Surah ghafir.

No comments:

Post a Comment