Friday, October 9, 2009

MUQADDIMAH

PENGERTIAN AL-QUR`AN:

1)Pada Bahasa merupakan masdar daripada kata قرأ
2)Pada Istilah "Kalam Allah berupa mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushhaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah.”

Pengertian Qiraat
1. Pada Bahasa : Merupakan kata jama' daripada kalimah qira'ah (قراءة) yang bermaksud wajah atau cara yang dibaca.

2.Menurut Istilah:
Perbezaan kata-kata wahyu dalam lafaz membawakan dialek dan posisi dalam kalimat yang kesemuanya diriwayatkan secara Mutawatir dari Nabi Muhammad. S.A.W.


3. Kekhilafan (perselisiahn pendapat atau pandangan) pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf-huruf al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.

Hubungan al-Quran dengan Qiraat

1. Merupakan 2 perkara atau benda yang berbeza
2. al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada nabi S.A.W.
3. al-Qiraat ialah kelainan dari segi lafaz-lafaz wahyu seperti baris, tashdid,pelat,i'rab dan lain-lain serta mesti diterima secara talaqqi/musyafahah.

BAB 1:ISTI`AZAH

BAB 1:ISTI`AZAH

Takrif isti`azah :-

Bahasa:Berlindung.

Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan ALLAH kepada diri kita daripada syaitan yang dilaknat.


SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH :

Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat didalam Al-Qur`an yang mulia iaitu dalam surah An-Nahli.


Terdapat sepotong hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri R.A. bahawa beliau telah mendengar lafaz isti`azah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah.

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.A.)


CARA MEMBACA ISTI`AZAH :


Menurut Imam Nadzim R.A lafaz isti`azah dibaca ketika membaca Al-Qur`an tidak kira dipermulaan surah ataupun pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al0Qur`an yang mulia.
Kesemua Imam Qurra` membaca lafaz isti`azah ini dengan suara yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Qur`an.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya diantaranya :

i) Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah yang bermaksud :

“aku berlindung dari Allah Azza Wajlla daripada syaitan yang direjam”




ii) Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulallah S.A.W yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama` salaf yang bermaksud :

“aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam”

iii) Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulallah S.A.W yang bermaksud :

“aku berlindung diri kepada Allah agar dapat mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amat pedih dan daripada tipu daya syaitan, sesungguhnya Dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”



KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA :


Salah seorang daripada Imam-imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah AL-fatihah tetapi membaca dengan suara yang perlahan pada surah yang lain didalam Al-Qur`an yang mulia. Selain itu Imam Nafi` yang juga merupakan salah seorang Imam-imam Qurra`membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat didalam Al-Qur`an.

TEMPAT YANG DISUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

i) Ketika membaca sorang diri dikhayalak ramai.
ii) Didalam sembahyang fardu mahupun nafil, tidak kira siang atau malam berseorangan atau berjemaah.
iii) Ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al0Qur`an secara berjemaah.Selain dari tempat-tempat yang disebutkan diatas,pembacaan isti`azah boleh dibaca dengan kuat.

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DIAWAL SURAH :

Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-imam Qurra` iaitu :

i) Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.
ii) Berhenti pada lafaz isti`azah tetapi berssambung lafaz basmalah dengan awal surah.
iii) Menyanbung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi beerhenti sebelum awal surah.
iv) Menyambung ketiga-tiganya sekali.

BAB 2 (BASMALAH)

BAB 2 (BASMALAH) بسم الله


*Maksud (بسم الله) ialah ringkasan daripada: بسم الله الرحمن الرحيم

*Ringkasan bagi (حوقيل) ialah:لا حول ولا قو ة الا بالله


*SYARAH:


1. Pendapat Ibnu Abas, waras Abu Amru ,berkata buat 3 kaedah.
a)Baca basmallih kecuali surah Anfal.
b)Baca wasal tanpa bismillah
.c)Saktah tanpa bismillah.


*SYARAH
-3 kaedah mazhab ketiga daripada mereka .Pendapat syarah: tak ada bukti kukuh kalau mereka yang syarah tetapi bagi ahli ada (murid mereka) yang ambil.dan disukai tokoh qiraat yang bersama mereka.(pendapat ada bukti tak ada).


*SYARAH:
-Cerita tentang saktah, yang dipilih oleh Abu Amru,kenapa kena saktah tak wasal terus :untuk nak memberitahu surah sudah habis dibuat dan jadi saktah kena tahan nafas.
-Ada juga pendapat ahli ada’ (murid imam)datangkan bismillah bila habis surah-surah berikut:

1.Hujung surah mudasir dan awal surah qiamah baca bismillah.
2.Habis surah infital kena sambung ,kena baca bismillah.
3.Hujung surah fajin kena sambung surah balad kena baca bismillah.
4.Hujung surah asr nak sambung hamzah kena baca bismillah.
5.Sekiranya saktah,lalu angkat wasalkena sampai hujung surah mudasir.

-Kemudian tukar kepada basmallah kena ikut waras Ibnu Amir.
-Kalau baca wasal lalu tukar kepada saktah iaitu waras Ibnu Amru.
-Mereka ketahuilah mazhab ini tentang surah yang ke 1,2,3,4.
-Kata qadi: ulamakk tak ada,mazhab sama saja.
-Inilah pendapat yang sahih ,ikutlah nak basmallah /saktah.
-Sekiranya baca wasal surah baraah anfal tak baca bismillah pada permulaan mengikut pendapat.
-Dalam surah baraah ada amaran dan janji buruk pada kafir dan munafik sedangkan bismillah itu rahmat dalam amar.
-Mula-mula baca surah kecuali surah baraah ,kena baca bismillah.
-Orang baca bismillah antara 2 surah.
-Khilaf berlaku sekalinya,berlaku yang sama.
-Tapi kalau waqaf habis surah selepas kita fasal, kena baca bismillah kecuali surah baraah.
-Kalau mula baca di tengah surah ,maka kita boleh tidak membaca bismillah atau membaca istiazah kemudian basmallah termasuklah surah baraah ,kemudian bismillah ikut suku.
-3 wajah yang harus ,diantara umuh anfal dan baraah.

a)wasal
b)saktah tanpa nafas
c)waqaf dan bernafas setiap satunya tanpa bismillah.

-Baca wasal bismillah dengan akhir surah yang habis.
-Dan engkau tidak waqaf,maka basmallah disyarat.
-Gerakan surah akhir dengan surah yang nak lantang.
-Gerakan akhir hujung bismillah dengan awal surah.
-wasal sama.

BAB UMMUL QUR`AN

Bab ummul quran (al-fatihah)

1) Hanya kisa’e dan a’sim isbatkan alif (ا ) selepas huruf mim ((م pada lafaz ((مالك يوم الدين seperti mana lafaz yang kebiasaannya.
2) Abu amru dan qura’ yang lain membaca dengan menghazafkan alif selepas huruf mim (م) misalnya (ملك يوم الدين )
3) Abu amru baca pada lafaz (السراط) dan (سراط) baca dengan huruf shad (صاد) pada keduanya.
4) Pada lafaz (عليهم القتال) , (ليهم اثنينا) abu amru dan ahli a’la (اهل العلأ ) baca dengan mengkasrohkan mim misalnya:- عليهم القتال) ) , (اليهم اثنين ) kerana mengikut baris ha (ه) sebelum mim (م ) itu.

BAB IDGHAM KABIR

BAB IDGHAM KABIR

1. Idgham pada bahasa adalah memasukkan.

2. Dari segi istilah disebut dengan 2 huruf, huruf yang pertama bertasydid.

- Maksud sebut dengan 2 huruf adalah dieja pada asal kalimah misal : ( ان ) dieja asalnya ( ان ن ).
- Maksud huruf yang pertama bertasydid adalah ejaan yang ditulis dalam rasm usmani misal : ( ان ).

3. Idgham terbahagi kepada 2 iaitu :

- Idgham Kabir
- Idgham saghir

4. Idgham kabir adalah 2 huruf yang berbaris.
5. Idgham Saghir adalah huruf pertama sukun, huruf kedua berbaris.

6. Sebab-sebab Idgham ada 3 ;
- Idgham Mutamasilain : Sama dari segi sifat dan makhraj.
- Idgham Mutajanisain : Bersamaan makhraj dan berlainan sifat.
- Idgham Mutaqaribain : Hampir sama dari segi makhraj dan sifat.

7. Abu Amru sangat mengambil berat dalam bab Idgham kabir, susunan yang jelas merujuk kepada Abu Amru yang membaca bab Idgham Kabir dengan 2 riwayat :
- Abu Amru dan Susi khusus baca dengan idgham dalam bab Idgham Kabir.
- Ad-Duri baca dengan izhar sama seperti imam-imam qura yang lain.

8. Susi tidak baca dengan idgham pada 1 kalimah kecuali pada kalimah yang mengandungi 2 kaf ( الكاف ) misal :
- ( فاذا قضيتم منسككم ) Susi baca dengan idgham dalam surah Al-Baqarah.
- ( سلككم في سقرما ) Susi baca dengan idgham pada surah Al-Mudatsir.

9. Susi tidak baca dengan idgham pada Mutamasilain Kabir pada 1 kalimah misal :
- بأعيننا, في وجو ههم, بشر ككم.
- Semua qura pada kalimah diatas termasuk Susi baca dengan izhar.

10. Dalam bab 2 huruf yang sama dalam 2 kalimah, Susi idgham pada huruf yang awal misal :
- وطبع على قلوبهم, فيه هدى, يعلم ما بين أيديهم

11. Apabila mendahului huruf awal pada Idgham Mutamasilain adalah huruf mad atau huruf mad lin misal :

- ويقوم من, فيه هدى
- Susi baca dengan 3 wajah :
1. Baca dengan qasr ( القصر ) 2 harkat.
2. Baca dengan tawasud ( التواسط ) 4 harakat.
3. Baca dengan mad ( المد ) 6 harakat.




12. Contoh-contoh tempat yang ditegah baca dengan Idgham Kabir ada 4 iaitu :
• Pada awal kedua-dua sama iaitu kedua-duanya huruf ta’ mutakallim misal : ترابا كنت
• Pada awal kedua-dua sama iaitu ta’ mukhattab misal : أفأنت تكره الناس
• Pada huruf awal bertanwin misal :
واسع عليم
Pada huruf pertama bertasydid misal :
ميقت ربهفتم

13. Pada 4 misal diatas semua qura’ baca dengan izhar termasuk Abu Amru, Ad-Duri dan As-susi.










14. Riwayat Susi baca dengan izhar pada kaf ( الكاف ( bertemu dengan kaf ( الكاف ) seperti :
• فا ذا قضيتم منسككم pada surah Luqman, nun sakinah itu disembunyikan sebelum kaf ( الكاف ) yang pertama kemudian berpindah makhraj nun itu ke rongga khaisyum ( الخيشوم ( ataupun lebih hampir pada makhraj kaf ( الكاف ), ikhfa’ disitu hampir kepada idgham tetapi kaf ( الكاف ) kedua-duanya itu wajib dibaca dengan izhar.

15. Riwayat susi boleh baca dengan izhar dan idgham pada 3 tempat disebabkan hazaf ( حذف ) berada pada kalimah yang pertama disebabkan Mutamasilain, Susi baca dengan 2 wajah pada 3 kalimah ini iaitu :
• ومن يبتغ غير : Boleh idgham dan izhar pada huruf ( غ ) yang pertama. Surah Ali-I’mran.
• يخل لكم : Boleh idgham dan izhar pada huruf lam ( ل ) yang pertama. Surah yusuf.
• يك كذباوان : Boleh idgham dan izhar pada huruf kaf ( الكاف ) yang pertama. Surah ghafir.

BAB IDGHAM MUTAQORIBAIN & MUTAJANISAIN

BAB IDGHAM MUTAQORIBAIN & MUTAJANISAIN

Di dalam bab ini membincangkan tentang keadaan bacaan yang dibaca oleh Susi iaitu anak murid kepada Abu Amru yang membaca dengan keadaan idhgam dan izhar.
Di dalam syarah tentang Susi yang membaca idhgam apabila 2 huruf yang berada dalam satu kalimah akan berubah keadaan bacaannya apabila terdapat tanda2 dan syarat2 yang tertentu.
Misalnya Susi akan membaca dengan idhgam apabila 2 huruf yang dekat dan berbaris dalam satu kalimah Susi akan mengidhgamkan 2 huruf iaitu huruf Qaf dan Kaf seperti di dalam perkataan يرزقكم Susi mengidhgamkan huruf Qaf ke dalam huruf Kaf.

Syarat-Syaratnya nya:

1. Sebelum huruf Qaf terdapat huruf yang berbaris
2. Selepas huruf Kaf terdapat huruf Mim yang menjadi alamat bagi semua.
*bacaan yang mengidhgamkan huruf Qaf kedalam huruf Kaf seperti terdapat tasydid pada huruf Kaf dan menyembunyikan langsung huruf Qaf.
‘Asim dan baki Qurra’ membaca dengan izhar dalam semua keadaan
Riwayat dari Susi membaca izhar dan idgham dalam lafaz (عسى ربه ان طلقكنّ) dalam surah At-Taqrir :

• Maka izhar bila tidak ada م jama` selepas Qaf.
• Maka idgham bila ada nun bersabdu selepas Qaf.

Bila 2 huruf Mutaqoribain atau Mutajanisain maka Susi akan idgham awal dalam 16 huruf.
Susi idgham ح dalam ع pada kalimah ini sahaja (فمن زحزح عن النار) dalam surah Al-Imraan dan pada kalimah lain Susi akan baca izhar.
Susi idgham ج dalam 2 huruf :

• Pertama ت dalam kalimah ذى المعارج تعرج.
• Kedua ش dalam kalimah اخرجشطئه.

Susi idgham ش dalam س dalam 1 kalimah ini sahaja (اذا لابتغوا الي ذى العرش سبيلا) dalam surah Al-Isra`.
Susi idgham ض dalam ش dalam kalimah (لبعض شأنهم) pada surah An-Nur.


Susi idgham س dalam 2 huruf :

• Pertama ز dalam 1 kalimah ini sahaja النفوس زوجتواذا pada surah At-Takwir.
• Kedua ش dalam kalimah واشتعل الرس شيبا pada surah Al-Maryam tetapi dengan khilaf.

Susi idgham د dalam 10 huruf :

• ت dalam kalimah فى المسا جد تلك
• س dalam kalimahعدد سنين- يكاد سنا
• ذ dalam kalimah والقلائد ذلك – من بعد ذلك
• ش dalam kalimahوشهد شا هد
• ض dalam kalimah من بعد ضرّاء
• ث dalam kalimahكان يريد ثواب الدنيا من
• ز dalam kalimah تريد زينة الحيا ة الدنيا
• ص dalam kalimahنفقد صواع الملك
• ظ dalam kalimahمن بعد ظلمه
• ج dalam kalimahوقتل داوود جالوت
Dan Susi tidak idgham sebelum huruf yang bersukun.Contoh kalimah داوود زبوراوءاتينا.
Tetapi Susi akan idgham pada huruf د selepas huruf bersukun dalam ت sahaja.

Susi idgham ت dalam 10 huruf :

• س dalam kalimah وعملو الصا لحات سندخلخهم
• ذ dalam kalimah والذاريات ز روا
• ش dalam kalimah باربعة شهداء
• ض dalam kalimah والعاديات ضبحا
• ت dalam kalimahيوم القيامة ثم
• ز dalam kalimah الى جنة زمرا
• ص dalam kalimah والملائكة صفا لا يتكلّمون
• ظ dalam kalimah الذين تتوفهم الملئكة ظالمي انفسهم
• ج dalam kalimah وعملوا الصالحات جناح
• ط dalam kalimah املائكة طيبين

Riwayat Susi membaca 2 wajah iaitu izhar dan idgham pada 4 tempat :

i) الصلوة وءاتوا الزكاة ثم توليتمواقيموا dalam surah Al-Baqarah.
ii) مثل الذين حملوا التورة ثم لم يحملوحاdalam surah Al-Jumu`ah.
iii) وءات ذا القربى حقه dalam surah Al-Isra`.
iv) ولتأت طا ئفة اخرى dalam surah An-Nisa`.

Dan setengah daripada riwayat Susi akan akan membaca izhar dalam huruf ت pada kalimah
شيئا فريا جئت.

Susi idgham ث dalam 5 huruf :

• ت dalam kalimahتؤمرون حيث
• س dalam kalimahوورث سليمن
• ذ dalam kalimahوالأنعام والحرث ذالك
• ش dalam kalimahحيث شئتما
• ض dalam kalimahحديث ضيف ابراهيم

Susi idgham ر dalam ل.Contoh kalimah اطهرلكم – وسخرلكم هن

Susi idgham ل dalam ر.Contoh kalimah. ريح – ارسل رسوله بالهدىكمثل
Dilarang idgham ر dalam ل dan ل dalam ر bila semua huruf berbaris atas selepas ada huruf sukun.Misalnya :

فعصوا رسول ربهم – ان الأبرار لفى نعيم

Kecuali ل dalam lafaz ( قال ),misalnya :

واذ قل ربك – قال رجلان

Susi idgham ن dalam ل danر dengan syarat letak ن selepas huruf berbaris.Misalnya :

ذن ربك – فلما تبينلهتأ

Dilarang idgham ن bila sebelumnya ada huruf berbaris sukun.Misalnya :

ربهم – مسلمين لكيخافون

Kecuali ن dalam lafaz ( نحن ) maka idgham dalam ل selepas ada huruf bersukun.Misalnya :

له مسلمون – ونحن له عئبدونونحن

Susi membaca sukun huruf م waqi`ah selepas huruf berbaris dengan terikat dengan ghunnah dari huruf ب menjadi أخفاءسفوى tetapi Cuma Susi sahaja.Misalnya :

اعلمبكم

Susi idgham ب dalam lafaz يعقب pada م dari يشاء dalam5 tempat didalam Qur`an.

i) من يشاء يعذب و dalam surah Ali Imraan.
ii) من يشاء يعذب و dalam surah Al-Maaidah.
iii) من يشاء يعذب و dalam surah Al-Maaidah.
iv) من يشاء يعذب و dalam surah Al-Ankabut.
v) من يشاء يعذب و dalam surah Al-Fath.


Berkata An-Nazim, apabila sebelum huruf yang bersukun idgham sahih maka didalamnya ada 2 mazhab الأداءاهل dari Susi :

i) Mazhab mutaqodimina : iaitu idgham المحض.
ii) Mazhab mutaakhirina : iaitu ikhtilas berbaris huruf yang idgham sampai tidak berjumpa huruf berbaris sukun.

BAB HA` KINAYAH

BAB HA` KINAYAH

Kalimah kalimah di sebut dalam matan abu Amru membaca baris sukun huruf Ha’
Cotoh: يؤده
Dalam kalimah (فئلقه ) dalam surah Shura juga membaca Abu Amru sukun huruf Ha’
Dalam kalimah ( ويتقه فئلاءك) Abu amru membaca huruf Qo’ berbaris bawah dan Ha’ berbaris sukun
AlQiraat dalam kalimah ( يرضه ) riwayat disukun huruf Ha’ dibaca oleh Susi tidak ada khilaf. Tetapi ada khilaf Duri abu Amru ikut wajah dua membaca berbaris depan tidak ada silah.
Dalam yang kesembilan ada rumuz (نفر ) iala membaca abu Amru bertambah hamzah sakinah dan membaca berbaris depan huruf ha’ dalam lafaz ( اااءارجئه) dalam surah A;raf dan surah isra’

BAB MAD QOSR

BAB MAD QOSR

Mazhab qiraat dalam hukum mad munfasil ada khilaf antara Duri dan Susi
- Duri membaca sepanjang dua harkat dan empat harkat dari cakapan Nazim ( pendek dua harkat ada khilaf anak murid Duri )
- Susi membaca sepanjang dua harkat sahaja tidak ada khilaf lagi dari cakapan Nazim
Dalam hukum mad mutasil Abu Amru membaca 3 wajah dua, empat dan enam harkat
Mad Badal Abu Amru membaca dua harkat sahaja
Mad lazim semua Quro’ membaca dengan 6 harkat, juga mad Arid lisukun semua Quro’ membaca dengan 3 wajah 2, 4, 6 harkat

BAB DUA HAMZAH DALAM SATU KALIMAH

Bab dua Hamzah dalam satu kalimah

Apabila terdapat dua hamzah Qota’ yang sama barisnya dalam dua kalimah samaada baris atas, baris bawah , atau baris hadapan , maka Abu Amru akan menggugurkan hamzah Qota’ yang pertama.
Contoh:اؤنبئكم ائذا ءانذرتهم
Seandainya hamzah Qato’ yang pertama berbaris atas dan hamzah Qato’ yang kedua berbaris dapan , maka abu Amru akan membaca dengan 2 wajah iaitu:
i. Tashil tanpa idkhol
ii. Tashil dengan idkholh
Contoh: اؤنبئكم
Abu Amru tambah hamzah depan dalam lafaz أذهبتم طيبتكم) ) dalam surah Ahqof
Contoh: ءأذهبتم
Abu Amru membaca khas satu tempat dalam surah Yunus
قال موسى ماجئتم به السحر
Ikut dua wajah : - Membaca sepajang 6 harkat.
- Tashil hazah wasal dengan qosor tidak ada mad langsung.
Abu Amru membaca أدخال memasuk mad alif sekadar dua harkat di antara dua hamzah berbaris atas dan satu hamzah berbaris atas satu hamzah berbaris bawah.

BAB DUA HAMZAH DALAM DUA KALIMAH

Bab dua hamzah Dalam Dua kalimah

Apabila terdapat dua hamzah Qota’ yang sama barisnya dalam dua kalimah samaada baris atas, baris bawah atau baris hadapan maka Abu Amru akan menggugurkan hamzah Qota’ yang pertama.

Contoh:-
Baris atas:جآءاحدكم جآءامرنا
Baris bawahهؤلآءان كنتم من سمآءان :
Baris depan:اولياءاولئك

• Apabila telah digugurkan hamzah yang pertama maka Hukumnya juga bertukar dari mad muttasil kepada mad munfasil. Maka kembali kepada kaedah membaca pada hukum mad munfasil untuk Duri dan Susi.
Apabila bertemu dua hamzah Qota’ (ء(ء yang berbeza barisnya di dalam dua kalimah, maka Abu Amru akan membaca seperti berikut:
i. Jika hamzah(ء) yang pertama berbaris atas(فتح) dan hamzah kedua berbaris bawah(كسره) seperti فتىءالى) ,maka Abu Amru akan membaca dengan tashil hamzah(ء) yang kedua .

ii. Jika hamzah(ء) pertama berbaris atas(فتح) dan hamzah kedua berbaris atas dan hamzah kedua berbaris depan(ضمة) seperti(جآءامة) maka abu Amru akan membaca dengan tashil hamzah(ء) yang kedua.

iii. Jika hamzah(ء) yang pertama berbaris depan(ضمة) dan hamzah kedua berbaris atas(فتح) seperti (السفهآء الا) maka Abu Amru akan membaca dengan ibdal hamzah(ء) yang kedua

iv. Jika hamzah(ء) yang pertama berbaris bawah(كسرة) dan hamzah kedua berbaris atas (فتح)seperti(السماء او ائتنا) , maka abu Amruakan membaca dengan ibdal hamzah(ء) yang kedua kepada ya(ياء) ’.

v. Jika hamzah(ء) yang pertama berbaris depan(ضمة) dan hamzah kedua berbaris bawah (كسرة) seperti, maka abu Amru akan membaca dengan dua wajah, iaiti:
a) Tashil hamzah (ء) yang kedua
b) Ibdal hamzah(ء) yang kedua dengan wau(واو)

BAB HAMZAH MUFRAD

BAB HAMZAH MUFRAD

Susi mengibdalkan hamzah yang sukun pada 5 jenis :
1. Jenis yang pertama : perkataan dari Nazim tidak ada sukun bagi alamat jazam.Jenis ini dalam 6 lafaz.Semuanya kata kerja fi`il mudhari` majzumah.

a) Lafaz yang pertama تسو dalam 3 tempat :
تسؤهم dalam surah At-Taubah,
تسؤهم dalam surah Ali-Imraan dan ان تبدبكم تسؤكم dalam surah Al-Maaidah.
b) Lafaz yang kedua نشأ dalam 3 tempat :
ان نشأ ننزل عليهم dalam surahAs-Syu`ara`, نشأ نخسف بهم الارضان dalam surah Saba`dan نشأ نغرقهموان dalam surah Yasin.
c) Lafaz yang ketiga 10 tempat :
ان يشأ يذهبكم dalam surah An-Nisa`,Al-An`am,Ibrohim dan surah Fatir
ان يشأ يسكن الريح – فأن يشأالله يختم على قلبك dalam surah As-Syu`ra`.
ان يشأ يرحمكم او ان يشأ يعذبكم dalam surah Al-Isra`.
من يشأالله يضلله ومن يشأ يجعله على صراط مستقيم dalam surah Al-An`am.
ويهيءلكم dalam surah Kahfi.
ما ننسخ من ءاية او ننسها dalam surah Al-Baqarah.
ام لم ينبأ بما فى صحف موسى dalam surah An-Najm.

2. Jenis yang kedua : dari hamzah sukun yang tidak ibdal pada Susi, iaitu ia tidak ada sukun.Jenis ini ada 11 kalimah.Semuanya kata kerja fi`il amar bermakna atas sukun.Misalnya :

i) وهيء لنا dalam surah Kahfi
ii) انبئهم بأسمائهم dalam surah Al-Baqarah.
iii) نبئنا بتأويله dalam surah Yusuff
iv) نبئ عبادى dalam surah Hijr
v) ونبئهم عن ضيف ابراهيم dalam surah Hijr
vi) ونبئهم ان الماء dalam surah Qomar
vii) ارجه dalam surah Syu`ara`
viii) اقراء كتابك dalam surah Isra`
ix) اقراء بسم ربك – اقرأ وربك الأكرم dalam surah `Alaq.


3. Jenis yang ketiga : adalah sebutannya dengan hamzah yang tersembunyi dari sebutan hamzah yang bertukar.Jenis ini ada dalam 2 kalimah :

a) وتؤي اليك من تشأ dalam surah Al-Ahzab
b) وفصيلتهالتىتئويه dalam surah Al-Ma`arij.

BAB PINDAH HARAKAT HAMZAH KEPADA SUKUN SEBELUMNYA

BAB PINDAH HARAKAT HAMZAH KEPADA SUKUN SEBELUMNYA

Dalam bab naqal Abu Amru membaca pada kalimah ( قد أفلح ) membaca seperti biasa juga pada kalimah ( من أستبرق, تعالوأتل ) juga membaca seperti biasa.
Dalam kalimah ( عاداالأولى ):
i) Abu Amru dan Warsh ketika wasal ( وصل( membaca seperti ini (عادلّولى ).
ii) Ketika waqaf ( وقف ) Abu Amru membaca dengan 2 wajah :

a) Mula dengan hamzah wasal ( وصل ) misalnya ( الولى ).
b) Mula dengan lam tak`rif ( تعريف لام( misalnya ( لّولى ).
c) Abu Amru dalam 3 wajah diatas dibaca lebih afdal baca dengan mula asal kalimah misalnya ( الأولى ).