Friday, October 9, 2009

BAB 1:ISTI`AZAH

BAB 1:ISTI`AZAH

Takrif isti`azah :-

Bahasa:Berlindung.

Istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan penjagaan ALLAH kepada diri kita daripada syaitan yang dilaknat.


SUMBER LAFAZ ISTI`AZAH :

Lafaz isti`azah yang mudah lagi ringkas terdapat didalam Al-Qur`an yang mulia iaitu dalam surah An-Nahli.


Terdapat sepotong hadis, seorang sahabat Rasulallah S.A.W yang terkenal iaitu Hadrat Abi Said Al-Kudri R.A. bahawa beliau telah mendengar lafaz isti`azah yang terdapat penambahan pada kalimah isti`azah.

(Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.A.)


CARA MEMBACA ISTI`AZAH :


Menurut Imam Nadzim R.A lafaz isti`azah dibaca ketika membaca Al-Qur`an tidak kira dipermulaan surah ataupun pertengahan pembacaan ayat-ayat suci Al0Qur`an yang mulia.
Kesemua Imam Qurra` membaca lafaz isti`azah ini dengan suara yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan Al-Qur`an.

Terdapat pelbagai lafaz isti`azah yang diharuskan dalam membacanya diantaranya :

i) Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasulallah yang bermaksud :

“aku berlindung dari Allah Azza Wajlla daripada syaitan yang direjam”




ii) Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulallah S.A.W yang mana lafaz ini juga digemari oleh segolongan ulama` salaf yang bermaksud :

“aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam”

iii) Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulallah S.A.W yang bermaksud :

“aku berlindung diri kepada Allah agar dapat mendapat keampunan yang Maha Agong daripada azabnya yang amat pedih dan daripada tipu daya syaitan, sesungguhnya Dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”



KEADAAN-KEADAAN MEMBACANYA :


Salah seorang daripada Imam-imam Qurra` iaitu Imam Hamzah membaca lafaz isti`azah dengan nada yang nyaring pada setiap permulaan pembacaan surah AL-fatihah tetapi membaca dengan suara yang perlahan pada surah yang lain didalam Al-Qur`an yang mulia. Selain itu Imam Nafi` yang juga merupakan salah seorang Imam-imam Qurra`membaca lafaz isti`azah dengan suara yang perlahan pada keseluruhan surah yang terdapat didalam Al-Qur`an.

TEMPAT YANG DISUNATKAN MEMBACANYA DENGAN PERLAHAN :

i) Ketika membaca sorang diri dikhayalak ramai.
ii) Didalam sembahyang fardu mahupun nafil, tidak kira siang atau malam berseorangan atau berjemaah.
iii) Ketika diwaktu pertengahan pembacaan tadarus Al0Qur`an secara berjemaah.Selain dari tempat-tempat yang disebutkan diatas,pembacaan isti`azah boleh dibaca dengan kuat.

PEMBACAAN LAFAZ ISTI`AZAH DENGAN BASMALAH DIAWAL SURAH :

Terdapat 4 cara yang telah diamalkan oleh Imam-imam Qurra` iaitu :

i) Berhenti pada lafaz isti`azah tanpa bersambung dengan lafaz basmalah dan awal surah.
ii) Berhenti pada lafaz isti`azah tetapi berssambung lafaz basmalah dengan awal surah.
iii) Menyanbung lafaz isti`azah dengan lafaz basmalah tetapi beerhenti sebelum awal surah.
iv) Menyambung ketiga-tiganya sekali.

No comments:

Post a Comment